Terpalit rasuah: Penduduk serbu pejabat rasuah desak Bupati Sudewo ditahan

Iklan
Ratusan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan KPK. - Foto: Agensi

JAKARTA – Ratusan penduduk dari Kabupaten Pati berhimpun di hadapan bangunan Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) di sini pada Isnin, menuntut agar Bupati Pati, Sudewo segera dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah projek pembinaan rel kereta api di Jawa Tengah/Solo Balapan di bawah Direktorat Jenderal Perkeretaapian (DJKA), Kementerian Perhubungan, bagi tahun fiskal 2018–2022.

Para peserta tiba dengan menaiki bas sambil membawa sepanduk, berucap dan mengadakan doa bersama di perkarangan ibu pejabat KPK.

Iklan
Iklan

“Kami mohon dengan hormat agar pimpinan segera menamakan Bupati Sudewo sebagai suspek. Kami tidak minta lebih daripada itu kerana kami menghormati proses hukum negara ini,” kata salah seorang pimpinan kumpulan yang hadir.

Mereka juga mencabar KPK supaya menyatakan secara terbuka jika benar Sudewo tidak bersalah.

Iklan

“Kalau memang tidak boleh dijadikan suspek, nyatakan saja beliau tidak bersalah kalau berani,” tegasnya.

Penduduk menuntut agar KPK kembali berfungsi sebagai institusi antirasuah, bukannya pelindung kepada pegawai yang didakwa terlibat rasuah.

Iklan

Selepas ucapan, beberapa wakil peserta aksi dibenarkan masuk untuk berdialog dengan pihak KPK. Mereka turut membaca doa bersama bagi mengharapkan keputusan positif.

Sebelum ini, pada Rabu, Sudewo telah dipanggil sebagai saksi dalam kes DJKA. Tuduhan penglibatan beliau dikaitkan dengan tempoh ketika menjawat sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), di mana beliau didakwa menerima dana berkaitan projek tersebut.

Sudewo juga dilaporkan pernah memulangkan sekitar 3 bilion rupiah (RM769,438) kepada KPK. Namun, ketika ditanya, beliau mendakwa wang itu merupakan pendapatan semasa menjadi ahli DPR. – Agensi