16 bayi Merdeka lahir di HRPZ II
Iklan
Suasana sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Kota Bharu lebih bermakna apabila seramai 16 bayi Merdeka dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sehingga jam 10 pagi pada Ahad.
KOTA BHARU – Suasana sambutan Hari Kebangsaan 2025 di sini lebih bermakna apabila seramai 16 bayi Merdeka dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sehingga jam 10 pagi pada Ahad.
Daripada jumlah itu, 11 daripadanya ialah bayi lelaki manakala lima lagi perempuan.
Iklan
Iklan
Bayi pertama yang digelar sebagai bayi Merdeka ialah seorang bayi perempuan yang lahir pada jam 12.40 tengah malam.
Pengarah HRPZ II, Dr Izamin Idris berkata, kelahiran pada tarikh penuh bersejarah ini bukan sahaja memberi makna besar kepada keluarga terbabit malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme rakyat Malaysia.
Iklan
Ibu yang melahirkan bayi Merdeka menerima cenderamata yang disampaikan oleh pihak HRPZ II.
"Kelahiran bayi pada Hari Kebangsaan bukan sahaja satu momen bersejarah buat keluarga, malah menyuntik semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan rakyat.
Iklan
"Kami di HRPZ II amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna ini,” katanya ketika ditemui pada Program Sambutan Bayi Merdeka 2025 di HRPZ II pada Ahad.
Hadir sama ialah Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim.
Salah seorang ibu, Syamimi Afiqah Shuhairi yang melahirkan bayi perempuan tepat jam 12.40 tengah malam meluahkan rasa syukur kerana anak sulungnya itu lahir pada tarikh bersejarah negara.
"Saya amat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan bayi berada dalam keadaan sihat.
"Tidak sangka anak saya dilahirkan tepat pada Hari Kebangsaan. Ia menjadi kenangan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.