Ahmad Zahid yakin Prabowo mampu redakan protes besar-besaran di Indonesia

Iklan
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas Program Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara pada Sabtu. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan penuh terhadap kewibawaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk menangani gelombang protes besar-besaran yang sedang melanda negara itu.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman mana-mana negara, tetapi sebagai rakan serantau dan Pengerusi ASEAN, Malaysia percaya bahawa kepimpinan Prabowo mampu mengembalikan kestabilan di Indonesia melalui rundingan dan diplomasi.

Iklan
Iklan

“Paling penting tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi. Semuanya boleh dibawa ke meja perundingan... tidak perlu untuk tunjuk rasa atau demonstrasi dilakukan.

"Tidak berhajat untuk mencampuri urusan mana-mana negara apatah lagi negara jiran, saya merasakan presiden mudah didekati dan insya-ALLAH banyak perkara yang menjadi permasalahan kecil atau besar boleh dirunding dan ada jalan untuk beliau selesaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyeru ASEAN untuk terus memupuk dialog dan persefahaman, sebagai asas kepada keamanan serantau yang berpanjangan.

Indonesia kini berdepan dengan protes besar-besaran ekoran kematian seorang penunggang motosikal e-hailing yang digilis oleh kenderaan taktikal Briged Mobil (Brimob) polis ketika protes pada 28 Ogos lalu.

Iklan

Insiden berkenaan telah mencetuskan ketegangan politik domestik susulan bantahan rakyat terhadap elaun perumahan ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Protes terus memuncak apabila terbaharu, sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh dalam kebakaran yang dicetuskan penunjuk perasaan di sebuah bangunan majlis perbandaran di bandar Makassar, timur Indonesia, pada Sabtu.