RUU Pekerja Gig 2025 lulus, hadiah kemerdekaan buat 1.2 juta pekerja gig
Iklan
Jose Rizal
KUALA LUMPUR – Gabungan eHailing Malaysia (GEM) menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat sebagai hadiah Hari Kemerdekaan paling bermakna buat lebih 1.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada sektor pekerjaan gig.
Ketua Aktivis GEM, Jose Rizal berkata, detik bersejarah itu bukan sahaja kemenangan pekerja gig, malah membuktikan perjuangan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila hak untuk mendapatkan perlindungan sosial dan kehidupan lebih bermaruah diiktiraf melalui undang-undang.
Iklan
Iklan
“Inilah kemerdekaan hakiki, bebas daripada eksploitasi, memiliki perlindungan sosial, serta ruang untuk hidup lebih bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Jose Rizal turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta khususnya Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang disifatkan sebagai tonggak utama dalam memastikan RUU itu direalisasikan meskipun dianggap mustahil oleh banyak pihak.
Iklan
“Steven Sim telah menjadi tonggak hadapan dalam perjuangan ini, dan GEM menyanjung tinggi kepimpinan beliau yang bukan sahaja mendengar, malah bertindak menyahut denyut nadi rakyat marhaen.
“Tidak dilupakan warga penjawat awam khususnya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan agensi yang menumpah sepenuh tenaga serta khidmat profesional dalam merealisasikan aspirasi ini,” ujarnya.
Iklan
Beliau berkata, kejayaan meluluskan RUU itu adalah hasil kekuatan kolektif bersama pelbagai pihak termasuk MTUC, UNI-MLC, PROFIMA, North South Initiative (NSI), komuniti akademia, komuniti media sosial serta sekutu GEM yang tidak pernah gentar berdepan pelbagai cabaran.
“Perjuangan ini adalah bukti nyata bahawa apabila pekerja gig bersatu, tiada kuasa yang mampu menafikan hak kita,” ujarnya.
Menurutnya, RUU Pekerja Gig 2025 bukan sekadar dokumen undang-undang, sebaliknya sebuah perisai sosial yang bakal melindungi rakyat daripada risiko pekerjaan tidak menentu.
Namun, beliau menegaskan, pelaksanaan undang-undang itu kelak perlu dipastikan adil, telus serta benar-benar berpihak kepada pekerja gig, bukannya kepada pihak berkepentingan semata-mata.
“Hari ini bukan noktah, tetapi titik mula. Kita akan terus menjadi mata, telinga dan suara pekerja gig Malaysia. Kita akan pastikan janji dalam RUU ini diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan rakyat.
“Inilah hadiah Hari Kemerdekaan kita. Inilah bukti bahawa pekerja gig juga warga negara yang layak menikmati keadilan sosial,” tambahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>