Arsenal mampu malukan Liverpool

Iklan
Arsenal dilihat memiliki kelebihan untuk menundukkan Liverpool dalam aksi EPL Ahad ini. Foto AFP

BEKAS bintang Manchester United, Gary Neville menjangkakan Arsenal akan dapat menundukkan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Ahad.

Skuad bimbingan Mikel Arteta kini berada di tangga teratas EPL selepas menundukkan Manchester United dan pasukan baharu, Leeds tanpa melepaskan sebarang gol dalam dua aksi pembukaan.

Iklan
Iklan

Juara bertahan, Liverpool turut mencatat rekod bersih dengan 100 peratus kemenangan menjelang pertembungan tumpuan pada Ahad, namun kelemahan pertahanan jelas menjadi kebimbangan awal buat pengendali baharu, Arne Slot.

The Reds telah dibolosi dua kali dalam kemenangan ke atas Bournemouth dan Newcastle, selain terpaksa bergantung kepada jaringan lewat permainan untuk mengelak kehilangan mata.

Iklan

Keadaan itu menjanjikan pertembungan sengit di Merseyside dengan kedua-dua pengurus mahu memberi isyarat awal dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Untuk musim ketiga berturut-turut, legenda United itu meramalkan Arsenal akan menamatkan penantian panjang mereka menjulang trofi liga.

Iklan

“Arsenal akan menjaringkan dua gol menerusi ‘set-piece’. Mereka akan menjadi pasukan gergasi pada Ahad. Saya rasa keputusan 2-1 untuk Arsenal,” kata Neville.

Terdahulu, Jamie Carragher meramalkan Liverpool akan menang 2-1, namun Neville tetap memilih The Gunners sebagai pemenang.

Sokongan sama turut diberikan oleh bekas penyerang Arsenal, Ian Wright, yang optimis skuad Arteta mampu membawa pulang tiga mata dari Anfield.

“Saya rasa Liverpool akan mendapat satu gol, tetapi Arsenal akan menang 2-1. Kalau pertahanan Liverpool mengulangi kesilapan ketika menentang Bournemouth, kita boleh menang,” katanya.

Dalam pada itu, Wright turut teruja dengan kebangkitan bakat muda, Max Dowman yang mungkin diberi peluang tampil di pentas besar menentang Liverpool biarpun baru berusia 15 tahun.

“Dia berani, kreatif dan menjaringkan gol menarik. Kalau sudah cukup bagus, tidak kira usia berapa pun. Saya percaya dia mungkin dapat minit permainan di Anfield,” ujarnya.