Lamborghini hilang dua tahun ditemui semula dengan bantuan ChatGPT

Iklan
Lamborghini Huracan EVO yang ditemui semula dengan menggunakan ChatGPT. - Agensi

DENVER - Seorang lelaki di Amerika Syarikat berjaya menemui semula kereta mewah Lamborghini Huracan EVO miliknya yang hilang sejak dua tahun lalu dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) ChatGPT.

Andrew Garcia dari Orange County mendakwa keretanya disewa penjenayah sebelum memalsukan dokumen pemilikan.

Iklan
Iklan

Kenderaan itu hilang tanpa jejak sehingga beliau menerima mesej bergambar Lamborghini berkenaan melalui Instagram.

Garcia kemudian menggunakan ChatGPT untuk menganalisis imej tersebut dan menggabungkannya dengan pencarian lokasi Google.

Iklan

Usaha itu berjaya menjejaki kenderaan tersebut di Denver, Colorado.

Polis tempatan mengesahkan kereta itu memang milik Garcia sebelum memulangkannya semula.

Iklan

Bagaimanapun, siasatan berhubung rangkaian penjualan kenderaan curi itu masih diteruskan. -Agensi