Jual beli hingga ke syurga, janji ALLAH buat para pejuang

Iklan
Malaysia #QuranHour 2024 berlangsung dengan jayanya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos tahun lalu.

MENERUSKAN sesi tadabbur MTHQA #QuranHour, pentadabbur kedua, Ustaz Fazrul Ismail menyambung kupasan surah as-Saf yang menjadi tema dan kunci utama perbahasan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkata, melalui ayat kelima hingga kesembilan surah berkenaan, ALLAH SWT menjelaskan kepada kita mengenai kisah dua nabi yang menjadi contoh dan teladan dalam membina kesatuan serta sikap menunaikan amanah untuk terus berjuang di jalan-NYA.

Iklan
Iklan

“Pada ayat keempat surah sama disebutkan kecintaan ALLAH SWT adalah kepada mereka yang berjuang dan apabila mendengar kebaikan, maka mereka terus melaksanakannya.

USTAZ FAZRUL

Iklan

“Dalam ayat kelima, dinyatakan cabaran Nabi Musa AS membina kesatuan dalam perjuangan, namun dalam kalangan pengikutnya iaitu Bani Israil itu, ada antara mereka yang melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari jalan perjuangan.

Sambungnya lagi, dinyatakan pula pada ayat keenam bagaimana Nabi Isa AS memberi khabar bahawa kitab Injil ini akan membenarkan satu berita dan pada masa akan datang, akan datang seorang rasul bernama Ahmad.

Iklan

Bagaimanapun ujarnya, khabar berita tersebut tidak dilayan kaumnya dan seruan kepada agama tidak direspon dengan baik sehingga mereka digelar sebagai orang-orang zalim.

“ALLAH SWT kemudiannya menjelaskan pada ayat seterusnya bahawa DIA tidak akan memberi hidayah kepada orang yang derhaka dan zalim kerana selepas diajak kepada perkara kebaikan, dia tidak mahu menyahut seruan tersebut.

Dua modal dibalas tiga keuntungan

Dr Mohd Shafiq kemudiannya menyambung tadabbur dengan menyatakan, ALLAH menawarkan sebuah perniagaan kepada orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasul serta mereka berjihad di jalan-NYA.

“Tawaran daripada ALLAH ialah jualan dan belian yang menguntungkan kerana kesannya kita selamat daripada azab api neraka-NYA.

“Ada dua modal yang kita perlu sediakan, tetapi ALLAH memberikan kepada kita lebih iaitu tiga kebaikan daripada bayaran tersebut,” jelasnya.

“Kedua, ALLAH minta kepada kita untuk kita berusaha atau berjihad di jalan-NYA melalui setiap sesuatu perbuatan yang dilakukan adalah untuk ALLAH dan agama-NYA.

“Penuntut menuntut ilmu kerana ALLAH, orang yang bersedekah kerana ALLAH dan setiap perbuatan yang dilakukan adalah kerana ALLAH, maka mereka semuanya itulah yang berada di jalan ALLAH,” katanya.

POSTER Malaysia #QuranHour yang diadakan di lokasi perdana di Masjid Negara pada 30 Ogos 2025.

Oleh itu katanya, orang yang beriman bukan orang yang banyak berkata-kata, tetapi mereka ialah orang yang banyak melakukan usaha dan mengerahkan tenaga kerana mereka yakin setiap usahanya itu merupakan belian dan jualan untuk mendapatkan syurga ALLAH SWT.

“Bahkan ALLAH terus menambah ganjaran tadi dengan kemenangan di dunia apabila kita semua berjihad bersungguh-sungguh di jalan-NYA dan mengangkat al-Quran serta agama-NYA,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, apa yang penting ialah syaratnya mesti bergerak dalam satu saf, berganding bahu dan menyatukan kekuatan secara kolektif atau berjemaah.

Resolusi surah as-Saff

1 - Tasbih sebagai asas penyatuan Umat Islam diseru untuk menyusun saf, bersatu padu dengan kalimah subhanallah – bukan hanya di mulut, tetapi juga di hati dan perbuatan – demi mengikut jalan dan peraturan Allah.

2 - Melawan propaganda penyesatan Umat perlu menyebarkan isi dan semangat al-Quran bagi menghadapi cabaran dunia. Segala sistem kehidupan – ekonomi, pendidikan, politik, sosial – mesti kembali kepada asas al-Quran. Jika tidak, ia adalah batil dan akhirnya musnah.

UMAT Islam diseru untuk berada dalam saf dan bergerak secara kolektif dalam mengangkat al-Quran dan menjulang tinggi agama Islam. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

3 - Setiap Muslim sebagai ejen perubahan Semua orang, sama ada pelajar, profesional atau tokoh masyarakat, mesti menjadi ansarullah (penolong agama Allah) dalam bidang masing-masing.

4 - Semangat ukhuwah dalam perjuangan Allah berjanji akan mengampunkan dosa para pejuang agama. Oleh itu, umat Islam tidak boleh sibuk menghina atau melaknat sesama pejuang walaupun ada kelemahan dan kesilapan, kerana setiap manusia ada kekurangan.