'Jangan sesekali takutkan komuniti gig'

Iklan
Jose Rizal

SHAH ALAM - Kenyataan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 sebagai tergesa-gesa dan menjadi kubur pekerja gig bukan sahaja tidak berasas, malah mengelirukan serta mengkhianati perjuangan sebenar komuniti gig.

Ketua aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, RUU itu bukan disediakan dalam satu hari satu malam, sebaliknya proses tersebut melibatkan 37 siri sesi libat urus yang dijalankan sepanjang hampir setahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga melibatkan 3,873 peserta dari seluruh negara dan 475 maklum balas rasmi dikumpul yang jelas bukti keterbukaan kerajaan.

“Jika selepas semua proses ini masih ada pihak mendakwa RUU ini tergesa-gesa, maka hanya dua kemungkinan sama ada mereka tidak hadir atau sengaja menutup mata demi kepentingan lain.

Iklan

“Siapa yang tidak terima RUU ini hakikatnya menolak perlindungan sosial untuk rakan-rakan kita yang setiap hari mempertaruhkan nyawa di jalanan.

“Mereka juga sanggup membiarkan syarikat platform terus bermaharajalela tanpa kawalan dan mengkhianati perit jerih, keringat serta suara pekerja gig yang menuntut keadilan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sebelum ini, enam persatuan yang mewakili pekerja e-hailing dan p-hailing mendakwa RUU Pekerja Gig 2025 adalah perundangan tergesa-gesa yang jika diluluskan akan menjadi kubur kedua-dua kumpulan itu.

Tambah Jose Rizal, pihaknya ingin mengingatkan supaya jangan sesekali cuba menakut-nakutkan komuniti gig dengan retorik murahan.