Sultan Pahang titah solat hajat, doa tolak bala pada malam Jumaat

Iklan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat dan doa menolak bala pada malam Jumaat esok.

 

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat dan doa menolak bala pada malam Jumaat esok.

Iklan
Iklan

Titah itu dikeluarkan baginda susulan siri bencana gempa bumi yang melibatkan Malaysia baru-baru ini, sekali gus menzahirkan rasa prihatin dan kebersamaan terhadap kesejahteraan rakyat serta keselamatan negeri.

Al- Sultan Abdullah bertitah agar umat Islam di negeri Pahang memperkukuhkan doa dan meningkatkan amal ibadah serta bersatu hati memohon perlindungan ALLAH SWT daripada sebarang musibah.

Iklan

“Beta turut meminta rakyat bersama-sama berdoa agar ALLAH SWT melindungi negeri ini daripada segala bencana serta mengekalkan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat,” titah baginda menerusi satu hantaran di Kesultanan Pahang pada Rabu.

 

Iklan