Mempunyai jati diri yang tinggi serta semangat patriotik terhadap negara, seorang kontraktor, Muhammad Aiman, 45, (kanan) mengambil inisiatif untuk mengubah suai sebuah motosikal menjadi seakan-akan sebuah kereta kebal mini.
Beliau menggunakan pelbagai bahan terpakai seperti papan, besi lama dan cat berwarna hijau tentera bagi menampilkan rupa bentuk yang menyerupai kenderaan tempur tersebut.