Shimano Surfcasting di Pantai Sepat tawar hadiah RM20,000

Iklan
Pantai Sepat yang menjadi lokasi pertandingan Shimano Surfcasting Ahad ini.

KUANTAN - Hadiah wang tunai hampir RM20,000 menanti pemancing dalam pertandingan memancing Shimano Surfcasting di Pantai Sepat di sini Ahad ini.

Pertandingan dianjurkan Kelab Pemancing Surfcast Profesional Bersatu Malaysia (Mupsac) sempena Hari Kebangsaan itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Pengarah Projek Mupsac, Md Zali Kasran berkata, acara itu mendapat sokongan Tourism Malaysia sebagai satu daripada program bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026

Menurutnya, juara akan membawa pulang wang tunai RM10,000, naib juara RM1,000, dan ketiga RM500 mnakala pemenang keempat menerima RM300, kelima RM200 serta tempat keenam hingga ke-65 memenangi RM130.

Iklan

“Hanya satu kategori dipertandingkan iaitu kategori terberat. Meskipun Pantai Sepat mempunyai pelbagai spesies ikan dan ada permintaan daripada penggemar aktiviti ini, namun pihak kelab menetapkan hanya kategori terberat dipertandingkan.

“Justeru, spesies ikan pari dijangka akan menjadi buruaan pemancing kerana ikan itu sering mendominasi kedudukan teratas dalam pertandingan yang diadakan di Pantai Sepat. Tiga spesies tidak dipertandingkan iaitu depu, bolos dan sesirat,’’ katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau menambah, ia adalah pertandingan memancing ketiga diadakan di Pantai Sepat yang berkeluasan lebih lima kilometer (km), pada tahun ini.

“Bagi pertandingan ini, kawasan dibuka hanya 2km. Jika penyertaan memberangsangkan pihak penganjur akan membuka kawasan memancing lebih luas lagi,’’ katanya.