RUU Pekerja Gig 2025 dibentang di Dewan Rakyat hari ini

Iklan
Steven Sim

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ketika membentangkan RUU berkenaan berkata, bacaan untuk kali kedua dan ketiga akan dibuat pada persidangan kali ini juga.

Iklan
Iklan

Pembentangan ini menandakan satu titik bersejarah dalam usaha negara mengiktiraf peranan penting pekerja gig dalam undang-undang perburuhan negara di samping memastikan hak serta kebajikan mereka dilindungi secara menyeluruh.

Bermula dengan ucapan Perdana Menteri semasa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) pada 4 Mac 2024 berhubung isu pekerja gig, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah memulakan langkah proaktif dengan menjalankan Kajian Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Pekerja di Malaysia bersama Universiti Malaya.

Iklan

Susulan itu, Kesuma telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penggubalan RUU Pekerja Gig yang dianggotai wakil jabatan dan agensi di bawah kementerian serta melaksanakan 28 siri bengkel dan mesyuarat.

Selain itu, Kesuma turut mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara sebanyak tujuh kali bagi meneliti dan memuktamadkan draf RUU berkenaan.

Iklan