Gempa bumi Segamat: Jemaah surau cemas, siling runtuh ketika solat

Iklan
Mohd Johan menunjukkan berita tentang gegaran gempa bumi di Segamat.

SEGAMAT – Beberapa jemaah Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap, di sini berdepan detik mencemaskan apabila gegaran gempa bumi dirasai ketika solat subuh pada kira-kira jam 6.13 pagi, Ahad.

Imam surau, Saniman Abdul Samad, 63, berkata, gegaran berlaku ketika mereka berada di tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian, kami semua sedang solat subuh dan tengah tahiyat akhir. Sebelum memberi salam, kami rasakan gegaran yang agak kuat.

"Selepas itu bunyi dentuman kuat. Kami semua terkejut dan kemudian nampak 'skirting' (kemasan) siling surau jatuh di dalam ruang solat.

Iklan

"Mujur tidak kena jemaah ketika solat. Ini adalah pengalaman pertama saya merasa gempa bumi lebih-lebih lagi ketika sedang solat," katanya ketika ditemui di Kampung Sanglang, Buloh Kasap.

Beliau berkata, polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) hadir ke lokasi bagi meninjau keadaan selepas kejadian.

Iklan

Dalam pada itu, jemaah di Surau Batu 2, Kampung Tengai, di sini turut gempar apabila merasai gegaran kuat.

Imam surau berkenaan, Mohd Johan Hassan, 58, berkata, kejadian berlaku ketika jemaah sedang solat.

“Semasa rakaat pertama, ketika bacaan surah al-Mulk ayat ke-8, saya terasa lantai bergegar kuat.

Surau Kampung Sanglang antara yang terjejas akibat gegaran gempa bumi di Segamat.

“Macam ada benda hendak jatuh, lantai pun terasa bergegar tetapi kami tetap teruskan solat,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini beliau ada mendengar rakan-rakan menceritakan gegaran di Segamat, namun tidak pernah mengalaminya sendiri.

“Ini pertama kali saya mengalami situasi seumpama ini. Selepas solat, barulah kami menyedari ia kesan daripada gegaran gempa bumi yang berlaku di Segamat,” jelasnya.