Gempa Segamat: Tiada laporan diterima di Rompin, Bera

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai gegaran gempa bumi yang melanda Segamat dan Kluang pada Ahad. Gambar kecil: Sharif Shai

KUANTAN - Tiada laporan kerosakan atau kejadian diterima membabitkan daerah Rompin dan Bera setakat ini susulan gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, sehingga jam 12 tengah hari, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, balai polis paling hampir dengan Segamat iaitu Balai Polis Cenderawasih juga tidak menerima laporan berkaitan.

“Kita telah mengarahkan balai terlibat untuk membuat pemantauan dan berinteraksi dengan penduduk, terutama di kawasan Balai Polis Cenderawasih.

Iklan

“Kawasan paling hampir dengan Segamat ialah Felda Selancar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir turut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan setakat ini.

Iklan

Terdahulu, gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata, pusat gempa terletak lima kilometer barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.