Ibu bapa cerewet antara cabaran taska

Iklan
Suriyati (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Perasko di Kelantan.

KOTA BHARU – Kos operasi yang tinggi serta risiko tindakan undang-undang berkaitan keselamatan bayi juga menyebabkan pengusaha taska di Kelantan kurang berminat menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi.

Yang Dipertua Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan Kelantan (Perasko), Suriyati Mohamad berkata, yuran bulanan yang dikenakan kepada ibu bapa juga tidak seimbang dengan kos operasi sebenar sehingga membebankan pengusaha.

Iklan
Iklan

“Dalam masa sama, risiko kemalangan seperti bayi tersedak, terjatuh dan masalah kesihatan menjadikan pengusaha memikul tanggungjawab yang sangat besar kerana ia melibatkan isu undang-undang,” katanya.

Menurut Suriyati, cabaran lain ialah sikap segelintir ibu bapa yang terlalu cerewet atau ‘over protective’ sehingga menyukarkan pengusaha mencari tenaga pengasuh yang cekap.

Iklan

Ujarnya, birokrasi dalam penubuhan taska juga menambah tekanan apabila pengusaha terpaksa melalui pelbagai agensi untuk mendapatkan kelulusan bagi menjamin kualiti.

Tambah beliau, proses itu memerlukan dana besar dan sukar ditanggung pengusaha tanpa sokongan kerajaan.

Iklan

“Kami berharap ada bantuan berbentuk suntikan dana secara berkapita mengikut bilangan kanak-kanak dan pengasuh di taska.

“Kerajaan juga perlu menyediakan kursus berkala kepada pengusaha supaya lebih banyak taska berdaftar dapat ditubuhkan,” katanya.