Keluarga harap Najib dapat pembelaan, perbicaraan adil

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung genap tiga tahun Najib di Penjara Kajang. Gambar kecil dari kiri: Mohamad Nizar, Mohd Puad

SHAH ALAM – Genap tiga tahun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjara, keluarganya terus berharap agar beliau mendapat pembelaan dan perbicaraan yang adil.

Anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar berkata, keluarga berasa sedih dan dukacita kerana bapanya masih berada di sebalik tirai besi namun mereka tidak berputus asa menuntut keadilan.

Iklan
Iklan

“Kami sekeluarga mendoakan urusan tahanan rumah dapat diselesaikan segera di peringkat mahkamah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Najib sebagai seorang yang tabah menghadapi dugaan.

Iklan

“Sebagai bekas Perdana Menteri, beliau tidak pernah menghasut ahli UMNO atau rakyat untuk berdemonstrasi membelanya.

“Beliau mangsa dendam politik sebab itu dari awal lagi beliau teraniaya kerana pendakwaan terpilih, tergesa-gesa dan beracun. Bahkan ada bekas hakim mengakui Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil,” jelasnya.

Iklan

Menurut beliau, keputusan tahanan rumah yang pernah diperkenan juga turut dipermainkan.

“Sekarang rakyat semakin nampak apa yang Najib lakukan dahulu berjaya dan praktikal, sementara pihak lawan gagal menunaikan janji mereka,” ujarnya.

Mohd Puad berkata, kepulangan Najib amat dinantikan kerana rakyat masih mahukan sentuhan kepimpinannya untuk membangunkan negara.

“Walaupun Najib tidak pernah meminta UMNO membelanya, parti tetap bersolidariti dengannya. Semoga beliau mendapat pengampunan penuh dan perjuangan menuntut keadilan dapat dinoktahkan pada 19 September ini,” tambah beliau.