BALAKONG – Seorang wanita warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Jalan Damai Perdana 1/8B, Bandar Damai Perdana di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.54 petang.