Jasad Khairul Amir ditemui

Iklan
Jasad Khairul Amir Bahroom, 33, ditemui selepas dipercayai terjatuh laut.

KUALA PERLIS - Seorang nelayan dikhuatiri hilang ditemukan lemas selepas terjatuh ke laut ketika menangkap udang menggunakan bubu naga di perairan Sungai Baru berdekatan Batu Layang, di sini, pada Ahad. 

Mangsa, Khairul Amir Bahroom, 33, dikatakan terjatuh ke laut ketika bersama abangnya yang berusia 39 tahun, juga seorang nelayan kira-kira jam 3.30 pagi Sabtu. 

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, jasad mangsa ditemukan kira-kira jam 8.25 pagi tadi oleh nelayan tempatan.

Jasad mangsa ditemukan kira-kira jam 8.25 pagi tadi oleh nelayan tempatan.

Iklan

“Mayat mangsa ditemui pada jarak 400 meter dari Pulau Batu Layang (lokasi mangsa dilaporkan terjatuh).

“Operasi membawa mayat mangsa ke darat masih dilakukan pasukan Kastam Kuala Perlis dan mengalami kesukaran berikutan paras air terlalu surut di jeti Kuala Sungai Baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Yusharifuddin berkata, mayat mangsa dijangka dihantar ke Hospital Tengku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.