Peserta RXZ Members 7.0 maut terbabas

Iklan
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala tangan dan kepala akibat kemalangan di Jalan Palong 8 di sini pada Jumaat. Foto: PDRM

BERA – Perjalanan seorang eksekutif jualan bank yang berkonvoi ke program RXZ Members 7.0 bertukar menjadi tragedi apabila maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Jalan Palong 8 di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Syukri Shahrudin, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berkonvoi bersama kira-kira 60 motosikal lain.

"Mangsa dari Rembau menghala ke Terengganu dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikal Yamaha RXZ yang sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga telah bergerak lurus tanpa membelok lalu melanggar tebing di bahu jalan.

Iklan

Siasatan awal mendapati mangsa berkonvoi bersama kira-kira 60 motosikal lain.

"Kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Iklan

Zulkiflee berkata, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Bera manakala kenderaan terbabit akan menjalani pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Tambahnya, siasatan lanjut sedang diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.