MOVE beri amaran larangan vape seluruh negara boleh memakan diri

Iklan
MOVE menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan larangan vape di seluruh negara.

KUALA LUMPUR - Sebuah NGO, Pertubuhan Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan larangan vape di seluruh negara, dengan memberi amaran bahawa langkah itu boleh menjejaskan kesihatan awam, sumber pendapatan serta mendorong pengguna ke pasaran gelap.

Dalam satu penampilan di sebuah podcast baru-baru ini, Presiden MOVE, Samsul Kamal Ariffin turut mendakwa sebuah syarikat farmaseutikal merupakan pihak utama di sebalik desakan tersebut, didorong oleh ancaman rokok elektronik terhadap produk gantian nikotin mereka.

Iklan
Iklan

Beliau mendakwa syarikat farmaseutikal tersebut sedang mengambil kesempatan daripada kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan vape dalam kalangan remaja untuk melobi larangan menyeluruh.

“Kuasa sebenar di sebalik cadangan larangan vape ini bukanlah Big Tobacco, tetapi sebuah syarikat farmaseutikal,” katanya.

Iklan

“Mereka telah mempengaruhi pembuat dasar secara senyap-senyap, kerana vaping mengancam bahagian pasaran mereka," dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa sebuah jawatankuasa pakar sedang meneliti implikasi larangan tersebut, termasuk kesannya terhadap ekonomi dan kesihatan awam.

Iklan

Beberapa negeri seperti Johor, Kelantan, Perlis dan Pahang telah menggantung pengeluaran lesen vape baharu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa larangan yang lebih luas bakal dilaksanakan.

Samsul memberi amaran bahawa melarang vape secara total tidak akan menghapuskan permintaan, sebaliknya akan menolak pengguna kepada alternatif tidak terkawal.

"Anda tidak boleh hapuskan permintaan hanya dengan mengharamkan sesuatu. Apa yang berlaku hanyalah anda menutup akses kepada pilihan yang sah dan terkawal, lalu membuka ruang kepada produk haram yang tidak selamat,” katanya.

Merujuk kepada contoh luar negara, beliau berkata, larangan itu tidak pernah berjaya.

"Kita telah lihat di Singapura, India, malah Australia. Apabila regulasi gagal, pasaran gelap akan berkembang," katanya.

Sektor vape di negara inj bernilai lebih RM3 bilion dan menyokong ribuan perniagaan kecil serta peluang pekerjaan.

MOVE katanya, telah berulang kali menekankan bahawa vaping menyediakan alternatif pengurangan mudarat untuk perokok dewasa, dengan bukti daripada Public Health England dan penyelidikan antarabangsa lain yang menunjukkan rokok elektronik jauh lebih kurang berbahaya berbanding merokok.

Samsul turut memberi amaran bahawa larangan mengejut boleh memusnahkan industri sah sambil mendedahkan pengguna kepada risiko lebih besar.

“Jika anda haramkan serta-merta, bukan sahaja anda membunuh mata pencarian, malah anda turut menggalakkan perdagangan haram untuk berkembang,” katanya.

“Bukannya melindungi kesihatan awam, sebaliknya ia akan mendedahkan lebih ramai kepada risiko yang lebih serius," katanya.

Walaupun Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024) sudah mengawal penjualan vape dan mengehadkan akses kepada individu bawah umur 18 tahun, pengkritik mengatakan penguatkuasaan masih tidak konsisten.

Peranti sistem terbuka masih mudah diperoleh, manakala penjualan haram secara dalam talian terus menjadi cabaran.

Samsul mencadangkan pendekatan berbeza iaitu penguatkuasaan lebih ketat, mengehadkan penjualan kepada kedai vape berlesen dengan kakitangan terlatih, serta kempen pendidikan awam yang lebih kukuh.