Operasi pesawat Hornet TUDM digantung sementara berkuat kuasa hari ini

Iklan
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris (tengah) ketika sidang media berhubung insiden Kemalangan Pesawat F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini pada Jumaat. Foto Bernama

KUANTAN - Operasi penerbangan membabitkan pesawat F/A 18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digantung sementara berkuat kuasa hari ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan lembaga siasatan melakukan siasatan teliti terhadap insiden pesawat itu yang terhempas ketika berlepas di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sementara itu katanya, bangkai pesawat masih belum dikeluarkan sehingga siasatan di lokasi selesai dijalankan.

"Berdasarkan rakaman video, kita menolak kemungkinan kemalangan disebabkan pesawat terlanggar burung atau kegagalan enjin.

Iklan

"Pesawat itu juga dikendalikan juruterbang dan jusensor senjata berpengalaman berdasarkan kepada jam penerbangan yang ada termasuk jumlah penerbangan pesawat tersebut oleh juruterbang, Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, sejak 2019," katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Udara Kuantan di sini pada Jumaat.

Muhamad Norazlan berkata, pasukan akan memulakan siasatan bermula hari ini dan akan memberikan laporan awal secepat mungkin.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 9.05 malam Khamis, pesawat milik TUDM itu terlibat dalam kemalangan ketika berlepas di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

Dalam nahas itu, kedua-dua anak kapal yang berada dalam pesawat selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Juruterbang, Mejar Azhar Alang Kamarudin mengalami retak tulang dan kesan melecur pada bahagian kaki, manakala jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, hanya lebam-lebam pada beberapa bahagian badan.