Dr Akmal tiba di Mahkamah Bukit Mertajam

Iklan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada jam 8.25 pagi dan diringi oleh ratusan penyokongnya.

BUKIT MERTAJAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam untuk pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, pada jam 8.25 pagi.

Muhamad Akmal diringi oleh ratusan penyokong, namun hanya beliau dan ahli keluarganya sahaja dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah.