Lelaki maut kemalangan dengan bas henti-henti

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KUALA KANGSAR - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas henti-henti di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Kangsar, Kampung Jamuan di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.08 malam itu, mangsa, Chuah Wei Chong, 35, yang memandu kereta Proton Saga tersepit di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, kemalangan turut menyebabkan tiga penumpang bas mengalami kecederaan ringan.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dengan kekuatan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan EMRS sebaik menerima panggilan.

Iklan

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa tersepit dalam Proton Saga manakala tiga penumpang bas yang cedera ringan telah dihantar ke hospital berhampiran oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, operasi menyelamat dijalankan dengan menggunakan peralatan khas bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk memotong bahagian kereta.

Iklan

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Shazlean berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.44 malam.