Kes dera kanak-kanak: Pengasuh, suami dibebaskan

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri itu direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Gambar kecil: Mohd Iqbal

SHAH ALAM - Pasangan suami isteri yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah kediaman di Seksyen 16 di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Pengasuh berusia 37 tahun bersama suaminya berusia 40 tahun sebelum ini ditahan pada jam 11.22 malam Ahad lalu dan kedua-dua individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan sedang dikemas kini untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, sebarang perkembangan berkaitan kes akan dimaklumkan selepas arahan selanjutnya diterima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri warga tempatan itu direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, seorang wanita bertindak membuat laporan polis setelah mendapati terdapat kesan lebam di muka anaknya setelah dihantar ke rumah pengasuh di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Shah Alam kira-kira jam 10 pagi, Khamis lalu.

Iklan

Bagaimanapun pengasuh anaknya itu mendakwa kesan lebam tersebut berpunca daripada pergaduhan antara anaknya dengan mangsa, namun ibu kanak-kanak itu tidak mempercayainya sebelum membuat laporan polis.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam dan pegawai perubatan mengesahkan kecederaan yang dialami sebagai Alleged Assaulted Sustained Soft Tissue Injury di bahagian muka.