Wanita hilang tanpa jejak, dijadikan pemuas nafsu tentera Jepun
Iklan
Ab Latif (kiri) menceritakan pengalaman pahit ketika penjajahan tentera Jepun ketika ditemui pemberita di Kampung Padang Luas, Besut, baru-baru ini.
BESUT – Kenangan pahit ketika penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu masih segar dalam ingatan seorang warga emas, Ab Latif Mohd, 84, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan yang ke-68.
Ab Latif yang berasal dari Kampung Alor Lintah, di sini, berkata, kehidupan bersama keluarga serta penduduk kampung diselubungi ketakutan setiap kali tentera Jepun memasuki perkampungan mereka.
Iklan
Iklan
"Peristiwa itu berlaku ketika itu saya berusia sekitar tujuh tahun. Walaupun ketika itu saya masih kecil, saya tidak dapat melupakan saat getir apabila kami sekeluarga terpaksa menyorok di dalam rumah setiap kali terdengar khabar tentera Jepun datang merampas makanan dan hasil pertanian penduduk.
"Bagi kaum wanita pula, ancaman mereka lebih menakutkan kerana sesiapa yang bertembung dengan tentera Jepun berisiko ditangkap dan dibawa pergi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Luas di sini, baru-baru ini.
Iklan
Menurut Ab Latif, ketika itu ramai wanita dijadikan hamba pemuas nafsu dan ada yang hilang tanpa jejak selepas ditangkap.
Katanya, setiap keluarga akan berusaha menyembunyikan anak perempuan dan isteri bagi mengelakkan mereka dilihat oleh tentera Jepun.
Iklan
"Dalam keadaan terdesak, ada wanita sanggup membalut tubuh dengan tikar dan diletakkan di sudut rumah seolah-olah barangan simpanan supaya tidak dikesan oleh tentera Jepun.
"Selain itu, penduduk kampung juga sering mengalami kerugian apabila harta benda mereka dirampas, termasuk haiwan ternakan," kongsi beliau.
Ab Latif berkata, semasa penjajahan Jepun, kes kecurian dan rompakan turut meningkat kerana semua orang hidup dalam kemiskinan.
Namun, katanya keadaan mulai berubah selepas Jepun dikalahkan oleh British pada tahun 1945 dan pembangunan mula dilaksanakan di sekitar Kampung Alor Lintah.
"Selepas tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu, barulah sekolah-sekolah mula dibina dan kanak-kanak diberikan pendidikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
"Namun, semua yang berlaku masih segar dalam ingatan saya malah setiap kali sambutan hari merdeka ingatan terhadap setiap peristiwa dan tragedi yang menimpa kami semakin kuat bermain dalam fikiran saya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>