Pelajar maut akibat kencing tikus: Elak riadah di Lata Pok Sik
Iklan
Zakaria menunjukkan keadaan Lata Pok Sik di Hulu Besut.
BESUT – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti riadah air di Lata Pok Sik, Keruak, Hulu Besut, dalam masa terdekat susulan kes seorang pelajar Tingkatan Tiga yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus (leptospirosis).
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Besut dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan penyakit berbahaya itu boleh merebak melalui air tercemar yang mengandungi air kencing tikus.
Iklan
Iklan
“Simptom termasuk demam, sakit kepala, muntah, sakit otot, mata merah atau jaundis.
“Sekiranya pernah berkunjung ke kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dan mula bergejala, segera hadir ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan,” kata kenyataan itu.
Iklan
Sementara itu, penduduk kampung, Zakaria Ibrahim, 61, berkata kejadian berkenaan dipercayai pertama kali berlaku di kawasan sungai tersebut dan mungkin berpunca daripada faktor kebersihan yang kurang terjaga.
“Kawasan Lata Pok Sik ini bukan di bawah mana-mana pihak pengurusan. Sepatutnya orang ramai menjaga kebersihan apabila datang berkelah. Selain membersihkan kawasan, mereka juga perlu membawa pulang sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran binatang liar termasuk tikus.
Iklan
“Jika tidak dijaga, bukan sahaja keselamatan orang ramai yang terjejas malah turut merosakkan alam sekitar,” katanya.
Beliau menambah, kes sebegini turut menjejaskan imej lokasi pelancongan dan tempat perkelahan berdekatan.
Sebelum ini, seorang pelajar Tingkatan Tiga, Muhamad Amirul Hakim Suhaimi, 15, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dijangkiti leptospirosis ketika mandi di sungai di Hulu Besut.
Mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Besut pada malam Isnin.
Ibunya, Mek Jarah Ahmad, 52, berkata, beliau tidak mengetahui anak bongsunya itu keluar mandi sungai bersama rakan-rakan dan hanya dimaklumkan selepas arwah meninggal dunia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>