KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 26,715 unit peranti dan cecair vape pelbagai jenis, 2,600 pod, 548 aksesori termasuk bateri, satu mesin laser serta 46 kotak rokok bernilai RM3.19 juta pada Isnin.
Rampas menerusi Op Taring Alpha 3 yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kelantan dan Terengganu itu turut menahan lapan lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 51 tahun ditahan.
Iklan
Iklan
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap lapan premis di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Dungun itu mendapati kesemuanya tidak mempunyai dokumen perniagaan sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada MPKB-Bri (Majlis Perbandaran Kota Bharu Banda raya Islam), MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) serta MDD (Majlis Daerah Dungun) untuk tindakan lanjut.
"Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MBKT 2013) serta (MPKB-BRI 2019)," katanya.