CHEONGDO (Korea Selatan) - Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah pada Selasa selepas dilanggar sebuah kereta api penumpang di Bandar Cheongdo, tenggara Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.
Nahas berlaku kira-kira jam 10.50 pagi berhampiran Stadium Laga Lembu Cheongdo apabila sebuah kereta api Mugunghwa yang dalam perjalanan ke Jinju di Wilayah Gyeongsang Selatan melanggar tujuh pekerja yang sedang memeriksa struktur di cerun berhampiran landasan, menurut polis dan Korea Railroad Corp (KORAIL) yang dikendalikan oleh kerajaan.