Apakah roh suami tahu isterinya meninggal dunia?

Iklan
ROH akan kenal orang yang menziarahinya jika ia mengenali orang tersebut ketika hidup. Foto Canva

MASYARAKAT Malaysia terutamanya bangsa Melayu sememangnya suka dan berminat untuk mengetahui perkara-perkara ghaib.

Bagaimanapun dalam Islam, membincangkan hal berkaitan ghaibiyyat (perkara-perkara ghaib), tidak dapat tidak mestilah disandarkan kepada wahyu iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Iklan
Iklan

Pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai perkara tersebut menjelaskan, sebaik-baiknya biarlah isteri mati terlebih dahulu sebelum suami.

“Mengapa isteri kena (perlu) mati dahulu? Jika suami mati terlebih dahulu, siapa yang akan ziarah kuburnya nanti? Ini kerana isteri yang kematian suami tidak dapat keluar rumah selama empat bulan 10 hari.

Iklan

USTAZ AZHAR

“(Berbanding) jika isteri yang meninggal dunia dahulu, suami boleh ziarah kuburnya setiap hari sambil bawa isteri muda,” jelasnya dalam nada bergurau dalam rakaman video di YouTube miliknya baru-baru ini.

Iklan

Beliau kemudiannya meneruskan, jawapan kepada persoalan tersebut ialah sama keadaannya di dunia ini.

“Kalau sampai masa tahu, (roh itu) akan tahu. Kalau belum sampai masanya, dia tidak akan tahu.

“Sama juga di dunia ini, tidak semua perkara kita tahu. Kadang-kadang sepupu kita meninggal dunia pun kita tidak tahu dan terlepas pandang,” katanya.

Beliau kemudiannya membacakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah melalui seorang lelaki pada kubur seseorang yang ia kenali di dalam dunia, maka dia memberi salam atasnya, maka mayat itu mengenalinya dan menjawab ia akan salam atasnya itu.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Ujarnya, menurut ulama, jika si mati tidak kenal orang yang menziarahinya, maka ia akan tertanya-tanya siapakah orang ini?

WANITA kematian suami tidak dibolehkan keluar rumah tanpa alasan yang dibenarkan selama empat bulan 10 hari. Foto Canva

“Jadi, kalau ALLAH nak sampaikan kepada pengetahuannya, maka roh akan dapat tahu dan jika ALLAH tidak izinkannya, maka ia tidak akan mengetahuinya,” jelasnya.

Sementara itu, Ustaz Azhar menegur sikap sebahagian umat Islam yang tidak hadir ke masjid untuk mengikuti pengajian agama.

“Waktu Maghrib dan Isyak asyik leka menonton drama televisyen dan bermain telefon.

Harta kita tidak akan berkurangan jika datang ke masjid, malah akan bertambah ‘cerdik’, ujarnya.

USTAZ AZHAR turut menegur sebahagian umat Islam yang tidak hadir ke masjid untuk mengikuti kuliah agama, sebaliknya leka dan lalai dengan drama televisyen. Foto Canva

“Ini tidak, solat masih tidak betul, basuh kencing pun masih tidak betul. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ramai yang akan kena pukul (azab) di dalam kubur disebabkan air kencing.

“Sampai tualah tidak pandai bezakan mana idgham bila ghunnah dan maal ghunnah, tanwin, iqlab, izhar halqi serta ikhfak hakiki (hukum tajwid),” katanya.