KPKT teliti cadangan pindaan Akta 118, perluas skop tindakan projek bermasalah

Iklan
Kor Ming

SHAH ALAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti cadangan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperluaskan skop tindakan ke atas projek komersial didapati bermasalah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sejumlah 109 pemaju hartanah disenarai hitam pada April lalu hanya melibatkan projek perumahan dan tidak termasuk projek komersial berdasarkan skop bidang kuasa di bawah akta sedia ada.

Iklan
Iklan

"Cadangan pindaan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh, termasuk menyenarai hitam ahli lembaga pengarah syarikat pemaju induk, subsidiari dan beneficial owner sebenar syarikat berkaitan.

"Cadangan ini diharap dapat memperkukuh tindakan dan kawalan lebih baik sebagai pencegahan awal serta tindakan jangka panjang bagi mengelakkan projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memaklumkan KPKT akan mempergiat sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan pindaan Akta 118 relevan, menyeluruh serta berimpak tinggi.

Menurutnya, kementerian tidak akan berkompromi dengan pemaju yang gagal menjalankan tanggungjawab serta membebankan rakyat.

Iklan

Setakat 30 Jun lalu, KPKT melalui Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah berjaya menyelamatkan 1,127 projek terbengkalai melibatkan lebih 135,000 pembeli rumah.

"Ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen tinggi kerajaan dalam menyelesaikan isu yang membawa kegusaran dalam kalangan rakyat.

"KPKT terus komited memulihkan projek-projek lama yang bermasalah bagi memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, mendapat kediaman selesa, selamat dan berdaya huni," katanya.