Kes buli di Johor: Fadhlina tegas tiada kompromi, KPM arah siasatan segera

Iklan
Fadhlina Sidek.

SHAH ALAM - Tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes sebegini mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Saya mengambil serius kejadian buli melibatkan seorang murid di Johor seperti yang dilaporkan media.

"Siasatan kes ini perlu disegerakan agar tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung kini menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.

Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, turut meluahkan kekesalan apabila pelaku berusia 12 tahun itu difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya dengan alasan masih di bawah umur.

Iklan

Tambah Fadhlina, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah menziarahi murid terbabit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Manakala siasatan sedang berjalan. Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera," katanya.