Anthony Loke hadir Majlis Perhimpunan Bulanan MOT buat kali terakhir

Iklan
Anthony memenuhi jemputan perhimpunan bulanan dan sambutan Deepavali, di Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Rabu menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya berkuasa kuasa semalam.

Anthony sebelum ini memaklumkan beliau mendapat jemputan tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri M Jana Santhiran.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Seremban itu melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 47 bulan lalu, berkuat kuasa semalam.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.

Iklan

Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.