Kes Zara Qairina: Kertas siasatan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara esok

Iklan
M Kumar (Kiri)

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, tindakan itu untuk nasihat dan arahan selepas pasukan khas yang ditubuhkan melaksanakan siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, seramai 195 saksi telah dirakam keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

"Ia melibatkan saksi pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan, ibu bapa serta beberapa individu lain yang dianggap material dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kumar berkata, siasatan tertumpu kepada dua aspek utama iaitu inkues serta siasatan aspek perlakuan jenayah lain seperti buli dan penularan berita palsu,

“PDRM menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.

Iklan

"Pihak polis memberi jaminan bahawa siasatan ini dilaksanakan secara menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.