Laungan 'JusticeForZara' gegar Jam Besar, peserta mahu pelaku ditangkap

Iklan
Peserta hadir ke himpunan yang diadakan di Jam Besar Sungai Petani pada Sabtu.

SUNGAI PETANI – Himpunan solidariti #JusticeForZara di Jam Besar Sungai Petani di sini yang bermula pada jam 9 malam Sabtu dihadiri kira-kira 4,000 peserta berlangsung tanpa sebarang provokasi.

Peserta yang hadir kebanyakannya mengenakan pakaian hitam dan putih seperti yang disarankan oleh penganjur.

Iklan
Iklan

Laungan #JusticeForZara bergema di segenap sudut sebagai tanda sokongan terhadap keluarga mangsa yang menuntut keadilan, selain mendesak agar siasatan secara telus dilaksanakan berhubung kes berkenaan.

Dalam masa sama, peserta himpunan turut melaungkan desakan agar pelaku dalam kes terbabit ditangkap.

Iklan

Peserta himpunan hadir menyatakan sokongan terhadap #justiceforzara.

Kesemua peserta dilihat mula beredar sebaik sahaja himpunan itu selesai, kira-kira dua jam kemudian.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, himpunan yang dianjurkan berlangsung secara aman seperti yang disarankan, tanpa sebarang provokasi.

Menurutnya, seramai kira-kira 4,000 peserta hadir menyertai himpunan berkenaan dengan kawalan keselamatan dan trafik yang memastikan ia berlangsung dalam keadaan teratur.

Peserta himpunan #justiceforzara menyatakan solidariti terhadap kes terbabit.

"Kesemua peserta mematuhi arahan, himpunan berlangsung dalam masa yang ditetapkan dan berjalan dengan aman.

"Kita bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan dengan menurunkan 60 pegawai dan anggota bagi memantau tahap keselamatan di lokasi berhimpun," katanya.

Jelas beliau, setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan mahupun aduan berhubung ketidakpatuhan sepanjang himpunan berlangsung.