Pembangunan mega perlu angkat budaya, tamadun dan teknologi baharu - PM

Iklan
Anwar (tiga, kanan) mendengar taklimat daripada Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Imran Salim (dua, kiri) ketika melawat reruai pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral di pekarangan Stesen Keretapi Ipoh pada Sabtu. Foto Bernama

IPOH - Pembangunan projek mega yang akan dilaksanakan di negara ini perlu mengangkat budaya, tamadun dan teknologi baharu untuk negara dan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dalam keghairahan mengejar pembangunan, kadangkala pemaju hanya menciplak idea luar negara meskipun mengetahui suasana dan persekitarannya tidak serasi dari sudut cuaca, nilai masyarakat dan budaya setempat.

Iklan
Iklan

"Sebab itu pembangunan kita yang baharu ini memikirkan soal itu (nilai masyarakat dan budaya) dan juga soal rakyat. Ada gedung-gedung besar, projek-projek megah yang sama sekali tidak ada manfaat langsung selain daripada rakyat berasa kagum… kita tak boleh pertahankan lagi konsep pembangunan sedemikian.

"Negara Madani itu harus sentiasa prihatin dan menyatuni rakyat, kalau tidak Madani itu tidak lebih sekadar slogan. Maka, harus difikirkan apakah ciri-ciri yang boleh mengangkat budaya, tamadun, teknologi baharu negara dan rakyat keseluruhannya," kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral di sini pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

AKAN MENYUSUL

Iklan