Polis pantau himpunan Demi Zara Qairina

Iklan
Tular hantaran di media sosial berkaitan himpunan Demi Zara Qairina yang dipercayai dianjurkan oleh NGO di hadapan pusat beli belah Sogo di sini pada Jumaat. (Gambar kecil: Sulizmie Affendy)

KUALA LUMPUR – Seramai 40 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan bagi memantau kelancaran himpunan Demi Zara Qairina di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penugasan itu bagi memastikan keselamatan orang awam dan peserta perhimpunan terjamin.

Iklan
Iklan

"Pihak kami akan membuat pemantauan rapi dengan menempatkan pegawai serta anggota keselamatan di sepanjang laluan dan kawasan perhimpunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, setakat ini tiada penutupan atau lencongan jalan raya dilakukan di sekitar kawasan tersebut.

Iklan

"Bagaimanapun, langkah itu bergantung kepada situasi semasa.

"Pihak polis akan memudah cara perjalanan perhimpunan ini mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular hantaran di media sosial berkaitan himpunan Demi Zara Qairina yang dipercayai dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan pusat beli belah berkenaan.

Himpunan diadakan pada jam 8 malam itu dipercayai dianjurkan untuk menyatakan solidariti berkaitan kes.