Taikun hotel Malaysia terlepas hukuman penjara di Singapura

Iklan
Beng Seng mengaku bersalah di bawah di bawah kes yang menyaksikan bekas Menteri Pengangkutan, S Iswaran dihukum penjara kerana menerima hadiah bernilai lebih S$400,000 (RM1.3 juta). Foto Agensi

SINGAPURA - Seorang taikun hotel Malaysia yang membantu untuk membawa Formula One (F1) ke Singapura terlepas hukuman penjara, namun dikenakan denda pada Jumaat kerana menghalang proses keadilan.

Jutawan berpusat di Singapura, Ong Beng Seng, 79, berdepan denda S$30,000 (RM98,668) hampir dua minggu selepas beliau mengaku bersalah di bawah kes yang menyaksikan bekas Menteri Pengangkutan, S Iswaran dihukum penjara kerana menerima hadiah bernilai lebih S$400,000 (RM1.3 juta).

Iklan
Iklan

Beng Seng yang menghidap barah tidak boleh dirawat telah didakwa pada Oktober 2024 atas kesalahan bersubahat dengan Iswaran untuk menutup bukti siasatan kes oleh Biro Antirasuah Singapura.

Hakim Daerah Utama, Lee Lit Cheng berkata, keadaan kesihatan Beng Seng wajar diberi belas kasihan dan hukuman penjara akan memberi risiko yang tinggi kepadanya.

Iklan

Defendan memiliki Hotel Properties Limited berpusat di Singapura dan merupakan pemegang hak kepada perlumbaan F1 Grand Prix di negara itu.

Beng Seng dan Iswaran memainkan peranan penting dalam membawa acara berprestij itu ke Singapura pada 2008. - AFP

Iklan