WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu memberi amaran bahawa Rusia bakal berdepan 'akibat yang sangat buruk' sekiranya Presiden, Vladimir Putin enggan bersetuju dengan gencatan senjata dalam konflik dengan Ukraine, ketika pertemuan mereka yang akan datang, lapor Xinhua.
Selepas mengadakan panggilan telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan beberapa pemimpin Eropah, Trump berkata, jika perbincangannya dengan Putin berjalan lancar, beliau berharap dapat mengadakan mesyuarat tiga pihak bersama Putin dan Zelensky dalam masa terdekat.