Dua warga China ditahan terbangkan dron di kawasan larangan Wisma Pertahanan

Iklan
Dua warga China dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua warga China kerana menceroboh kawasan larangan Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini pada 6 Ogos lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan di Facebook rasmi berkata, tindakan berani kedua-dua suspek itu dikesan oleh anggota Polis Tentera (MP) yang sedang menjalankan rondaan di kawasan kejadian.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, siasatan mendapati suspek sedang menerbangkan dron di kawasan Padang Bola, Wisma Pertahanan sebelum ditahan.

“Polis telah merampas pelbagai peralatan seperti dron serta beberapa keping kad memori.

Iklan

“Pemeriksaan di hotel penginapan mereka menemukan peralatan dron,” katanya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, hasil soal siasat terhadap suspek mendapati rakaman dron tersebut adalah atas arahan pihak majikan mereka, namun tidak mengetahui motif dan tujuan tinjauan dilakukan.

Iklan

Antara peralatan yang dirampas polis susulan tangkapan dua lelaki China pada 6 Ogos lalu. Foto PDRM

“Pihak polis turut berhubung dengan beberapa agensi antarabangsa dan tempatan bagi mengenal pasti latar belakang serta rekod perjalanan kedua-dua mereka,” ujarnya.

Kedua-dua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan mengikut Seksyen 3(a) dan Seksyen 4 Akta Rahsia Rasmi kerana mengintip serta melakukan dokumentasi di dalam kawasan larangan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Hakim Izralizam Sanusi tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 September depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.