Lelaki maut ditikam dipercayai ada hubungan sulit dengan isteri suspek

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai lelaki maut ditikam depan rumah pada 12 Ogos lalu.

SEREMBAN - Berang kerana mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa menyebabkan suspek bertindak menikamnya dalam kejadian di Taman Sri Pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, hasil siasatan mendapati, isteri suspek telah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati motif kejadian kerana mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan isteri kepada suspek.

"Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial.

Iklan

"Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, suspek berusia 31 tahun tiada rekod jenayah dan saringan ujian urin juga mendapati lelaki itu bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Iklan

Ditanya berkenaan tersebarnya fakta kes berhubung kejadian itu di media sosial, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terus tularkannya kerana ia melibatkan sensitiviti kes dan masih dalam siasatan.

Sementara itu, menerusi laman Facebook, seorang lelaki yang menggunakan akaun bernama Bro Stylo mendakwa suspek adalah adiknya dan meminta pengguna media sosial supaya tidak meninggalkan komen tidak sepatutnya jika tidak tahu cerita sebenar.

Menurutnya, adiknya melakukan tiga kerja semata-mata untuk menyara keluarga.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas dikatakan ditikam di hadapan sebuah rumah dipercayai akibat perselisihan faham akibat cemburu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dengan bantuan orang ramai, manakala mangsa terbaring di hadapan pagar rumah.