Bacaan Yasin, solat hajat khas buat Zara Qairina di Pulau Pinang

Iklan
Mohamad

GEORGE TOWN - Semua masjid di Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Khas secara serentak sebagai tanda penghormatan dan doa buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 16 Julai lalu.

Majlis tersebut dijadual berlangsung selepas solat Maghrib di masjid masing-masing pada Khamis seperti diarahkan kerajaan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pelaksanaan itu melambangkan kebersamaan dan keprihatinan umat Islam di negeri ini terhadap pemergian Allahyarham.

“Kita mengajak seluruh masyarakat Islam hadir sebagai tanda kasih dan simbol ukhuwah yang menyatukan kita, sambil memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa Allahyarham, mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, kesedihan yang dirasai di Sabah turut dirasai di Pulau Pinang, membuktikan kasih sayang sesama umat Islam melangkaui jarak dan sempadan.

"Doa yang dipanjatkan secara berjemaah diharap menjadi sumber ketenangan dan kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarham, selain menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan ALLAH SWT kepada negeri ini dan seluruh umat Islam," katanya.

Iklan