Lelaki direman disyaki cabul, intai anak tiri remaja

Iklan
Suspek direman lima hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul dan mengintai anak tirinya sejak Mei lalu.

MELAKA - Seorang pembantu kedai makan direman lima hari di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas disyaki mencabul dan mengintai anak tiri perempuannya berusia 15 tahun sejak Mei lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu direman sehingga Isnin ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, tindakan tidak bermoral suspek terbongkar selepas suspek berselisih faham dengan ibu mangsa di rumah mereka di Duyong.

Suspek direman sehingga Isnin ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Iklan

“Ketika cuba memujuk anak tirinya, suspek didakwa memeluk mangsa dengan erat hingga menyebabkan mangsa berasa tidak selesa.

“Pada 10 Jun lalu, suspek menghantar mesej kepada mangsa menyatakan keinginan untuk memeluknya lagi, namun mangsa membalas enggan kerana tidak selesa dengan perbuatan jahat bapa tirinya itu," katanya.

Iklan

Tambah sumber, suspek juga dipercayai sering mengintai mangsa ketika remaja itu mandi dan tidur, menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan.

Mangsa akhirnya menceritakan kejadian kepada ibunya pada Selasa lalu sebelum mereka membuat laporan polis di Balai Polis Kandang pada hari yang sama.

Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.