SAO PAULO - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala tujuh lagi cedera pada Selasa selepas sebuah kilang bahan letupan meletup di Quatro Barras, sebuah perbandaran di negeri Paraná, selatan Brazil, lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Letupan berlaku pada waktu pagi di kemudahan syarikat Enaex Brasil di kawasan perindustrian berhampiran Curitiba, ibu negeri Paraná.