Titah Adendum: Ketibaan Najib di mahkamah disambut jeritan Bossku

Iklan
Kenderaan yang membawa Najib memasuki pekarangan Istana Kehakiman jam 8.30 pagi pada Rabu.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman di sini pada Rabu bagi mendengar keputusan semakan kehakiman Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan Titah Adendum.

Ketibaannya pada jam 8.30 pagi yang diiringi kawalan ketat Jabatan Penjara disambut dengan jeritan 'Bossku' oleh para penyokong yang berkumpul seawal jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah akan memutuskan demikian pada jam 9 pagi.

Jika rayuan ditolak, semakan itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Iklan

Seandainya mahkamah berpendirian untuk membenarkan rayuan Peguam Negara, ini menyebabkan hasrat Najib, 72, untuk meneruskan semakan kehakiman ini bagi mendapatkan perintah mandamus supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah, berakhir serta-merta.

Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.

Iklan