Polis nafi dakwaan tiada siasatan dalam kes warga Bangladesh cabul kanak-kanak
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung polis mengesan saksi kes cabul kanak-kanak. Foto kecil: Naazron.
KAJANG – Polis menafikan dakwaan bahawa siasatan tidak dijalankan berhubung kes lelaki warga Bangladesh yang didakwa mencabul kanak-kanak perempuan di kedai serbaneka seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Iklan
Iklan
“Tindakan sedang diambil untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan polis meminta saksi kejadian kes itu tampil membantu siasatan.
Iklan
Naazron dilaporkan berkata, polis terkesan penularan video mengenai kejadian itu di aplikasi X pada jam 12.40 tengah hari.
Menurutnya, hantaran itu mendakwa lelaki terbabit mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak dan video lain yang menunjukkan dia dikasari.
Iklan
Semakan turut mendapati, satu laporan polis diterima pada jam 4 petang, 12 Mac lalu daripada seorang lelaki berusia 32 tahun yang mendakwa anak perempuannya berusia sembilan tahun dicabul oleh seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di kawasan Kajang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pinjam RM100,000, sudah bayar RM140,000 tetapi masih dituntut RM162,000"><meta itemprop="description" content="Pinjam RM100,000, sudah bayar RM140,000 tetapi masih dituntut RM162,000
Seorang wanita mendakwa terus dibelenggu tuntutan hutang RM162,000 walaupun telah membayar kira-kira RM140,000 bagi pinjaman asal RM100,000 daripada sebuah syarikat kredit komuniti berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Wanita dikenali sebagai Fina, 36, berkata, beliau bukan enggan melunaskan hutang, sebaliknya hanya mahu penyelesaian yang adil selepas mendakwa berdepan tuntutan yang disifatkan tidak munasabah sehingga menjejaskan kehidupan keluarganya dan berlarutan ke peringkat mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790085/berita/semasa/pinjam-rm100000-sudah-bayar-rm140000-tetapi-masih-dituntut-rm162000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PinjamanBerlesen #KPKT"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-30T09:31:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P195S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xatee5u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xatee5u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xatee5u"></script>