ANKARA - Gempa berkekuatan 6.1 skala Richter yang menggegar wilayah barat laut Turkiye telah meragut satu nyawa.
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya pada Ahad berkata, mangsa ialah wanita warga emas berusia 81 tahun yang meninggal dunia selepas dibawa keluar dari runtuhan struktur di bandar Sindirgi yang menjadi lokasi pusat gempa tersebut.