SETIU – Seorang warga emas direman selama empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Langkap Baru, Bandar Permaisuri, di sini.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, suspek berusia 79 tahun itu ditahan jam 4.11 pagi di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu.