Beri media akses salur maklumat lengkap elak rakyat panik

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Media perlu diberi akses sewajarnya bagi menghentikan panik dalam kalangan rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) bermula hari ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah yang timbul ketika ini disebabkan kelemahan koordinasi dan jentera kerajaan menyalurkan maklumat.

Iklan
Iklan

"Saya menggesa kerajaan menyalurkan maklumat lengkap dan yang tidak mengelirukan media.

"Ia sekali gus mengurangkan kegusaran dan panik dalam kalangan rakyat," katanya menerusi Facebook hari ini.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan supaya orang ramai perlu mendapatkan surat pelepasan jika ada keperluan untuk bergerak ke negeri lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Arahan itu bagaimanapun ditarik balik selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu mengisi dokumen di balai polis seluruh negara sejak lewat petang semalam sehingga menyebabkan kesesakan di balai polis serta perhentian bas.

Iklan

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menggesa kerajaan untuk segera mengatasi masalah yang timbul serta lebih bertanggungjawab dan beretika ketika negara dihimpit krisis.

ARTIKEL BERKAITAN: Maklum polis jika ke negeri lain: KPN

PDRM tarik balik arahan perlu kelulusan polis jika ke negeri lain