Pembuat kerusi batu dan isteri ditahan miliki pistol, 30 butir peluru RM2,000

Iklan
Mohd Yusoff (dua,kiri) menunjukkan dua pucuk pistol yang dirampas dalam dua serbuan berasingan iaitu di Ketereh, Kota Bharu (kiri) dan Pengkalan Kubor, Tumpat (kanan) semasa sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Seorang pembuat kerusi batu dan isterinya ditahan kerana memiliki sepucuk pistol serta 30 butir peluru bernilai RM2,000 di Pengkalan Kubor, Tumpat pada 25 Julai lalu.

Serbuan jam 7.45 pagi itu dibuat ke atas sebuah rumah oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mereka yang merupakan warganegara Thailand berusia 30 dan 40 tahun itu mendakwa senjata api terbabit digunakan untuk pertahanan diri.

"Mereka mempunyai pasport Thailand tetapi masuk ke sini secara haram," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjem (IPK) Kelantan pada Ahad.

Iklan

Ujar beliau, kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, pasangan terbabit negatif ujian air kencing.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memberitahu, sepanjang tahun ini hanya dua kes dicatatkan melibatkan rampasan senjata.