Ibu pelajar KV Lahad Datu mati dibunuh doa keadilan untuk Zara Qairina
Iklan
Lautan manusia membanjiri beberapa lokasi di Sabah antaranya Sandakan, Tawau dan Lahad Datu sebagai solidariti untuk menuntut keadilan buat Allahyarham Zara Qairina.
LAHAD DATU – Ibu kepada pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu yang dibunuh tahun lalu mendoakan agar kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir mendapat pembelaan sewajarnya.
Siti Hamidah Jumari, 46, berkata, dia amat memahami perasaan ibu Zara Qairina yang masih menunggu jawapan berhubung punca kematian anaknya itu. 
Iklan
Iklan
“Sebagai seorang ibu, saya juga pernah melalui detik kehilangan yang amat perit.
"Bukan senang untuk jaga dan besarkan anak. Kita hantar anak ke sekolah untuk masa depan mereka tapi akhirnya anak kita terkujur.
Iklan
“Apa yang ibu Zara rasa, saya pun rasa,” katanya ketika berkongsi perasaannya di hadapan orang ramai pada aksi vigil yang berlangsung di Lahad Datu pada Jumaat.
Zara Qairina, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu.
Iklan
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.
Kematiannya mendapat perhatian ramai terutama di media sosial kerana didakwa ada kaitan dengan kejadian buli di sekolah tersebut.
Menurut Siti Hamidah, dia bersyukur kerana pihak polis bertindak segera dalam kes anaknya sehingga pelaku berjaya dibawa ke muka pengadilan.
Namun, ujarnya, keluarga Zara Qairina masih menanti kebenaran di sebalik tragedi yang menimpa anak mereka.
“Marilah kita sama-sama berdoa agar keadilan dapat ditegakkan untuk adik Zara,” ujarnya.
Sebelum ini, anak Siti Hamidah iaitu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia pada 21 Mac tahun lalu.
Seramai 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun telah dituduh secara bersama membunuh mangsa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>